
Mungkin hari ini dalam sejarah...terdetik pula hati ini hendak membuat blog sendiri....apa tujuannya aku tak pasti....mungkin sebagai luahan perasaan...mungkin untuk berkongsi cerita....mungkin juga untuk suka-suka....hanya pembaca ( itupun kalo korang jumpa blog ni la ) yang mampu menilainya....
Harini aku nak bercerita pasal kehidupan....mengikut pemahaman dan pemerhatian aku la...Kehidupan ini bagi aku sebenarnya penuh dengan tanda tanya.....Pelbagai persoalan yang timbul yang membuatkan kita sendiri malas nak merungkainya....Apa tidaknya, kadang-kadang, kita sendiri tidak mengenali diri sendiri....bunyinya agak pelik, tetapi itulah realiti kehidupan...Apa yang kita mahukan dalam hidup ni juga masih lagi menjadi tanda tanya.....kalau tak..takkan ada pelbagai jenis manusia di muka bumi ini...ada orang yang tamak, menipu, bongkak dan sebagainya. Manusia juga boleh menjelma dalam pelbagai rupa yang sukar untuk ditafsir sebab musababnya...Ada yang bertali leher cap buaya, berkereta besar, rumah macam istana yang tersorok di celah bukit bukau....tidak berjiran...tiada bergaul dengan orang lain...Ada juga yang sederhana kehidupannya..sekadar mampu membeli kereta buatan malaysia, rumah berdindingkan bilik orang lain...berlantaikan bumbung orang, dan berbumbungkan lantai orang....dan ada juga si miskin yang tidak mampu berkata-kata...hanya curahan air mata sebagai pembual bicara.....berair tidak bergula, bersuap tidak terasa.....
Kesukaan dan kedukaan adalah rencah yang menjadi pelengkap hidup manusia. Bagi aku, tanpanya, kita tidak akan merasa erti kehidupan itu sendiri....